Pendidikan Lim Wee-Chai

Lim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Fizik pada tahun 1982, dari Universiti Malaya, dan memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1985 dari Sul Ross State University di Texas, Amerika Syarikat. Beliau juga memperolehi PhD dalam Pengurusan dari Universiti Selangor di Shah Alam, Selangor pada tahun 2015, dan dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Pentadbiran Perniagaan oleh Oklahoma City University di Amerika Syarikat pada 2016. Pada Ogos 2018, Lim juga dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Keusahawanan oleh Universiti Pengurusan dan Sains, Shah Alam, Selangor, Malaysia.[1][2] Pada Julai 2019, Lim dianugerahkan Rakan Kehormat Institut Fizik Malaysia (IFM) dan merupakan usahawan pertama untuk menerima anugerah tersebut.[3]